KELOPAK mata tiba-tiba berdenyut atau bergerak sendiri ketika sedang bekerja, memandu atau berehat sememangnya boleh menimbulkan rasa kurang selesa.Keadaan yang juga disebut sebagai berkedip itu biasanya berlaku seketika dan tidak menyakitkan. Namun begitu ada beberapa faktor yang boleh mencetuskannya, terutama apabila mata anda terlalu letih.Menurut doktor estetik mata, Dr Durrah, keadaan tersebut dikenali sebagai eyelid myokymia, iaitu denyutan kecil atau berulang pada otot kelopak mata atas atau bawah.Berikut beberapa punca serta langkah mudah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah eye twitching:1. Mata terlalu letihPenggunaan telefon, komputer atau peranti lain dalam tempoh lama boleh menyebabkan mata mengalami keletihan dan mencetuskan denyutan pada kelopak mata.2. Kurang tidur dan berjaga lewatTidur tidak mencukupi antara punca biasa kelopak mata berdenyut. Jadi, pastikan tubuh mendapat rehat cukup dan cuba elakkan berjaga sehingga terlalu lewat.3. Terlebih kafeinPengambilan kafein yang berlebihan juga boleh mencetuskan atau memburukkan masalah tersebut.Dr Durrah menyarankan supaya pengambilan minuman berkafein dikurangkan dan menjadikan waktu tengah hari sebagai had terakhir untuk mengambilnya.4. Amalkan kaedah 20-20-20Bagi mereka yang banyak menghabiskan masa di hadapan komputer atau skrin, cuba alihkan pandangan setiap 20 minit.Pandang objek yang berada kira-kira enam meter selama 20 saat sebelum kembali melihat skrin.Pengambilan kafein berlebihan boleh menyebabkan kelopak mata berdenyut. -Gambar hiasan AI5. Gunakan ubat titis mata (eye drops)Individu yang mempunyai masalah mata kering boleh membawa titisan pelincir mata (artificial tears) dan menggunakannya sekitar tiga hingga empat kali sehari mengikut keperluan.6. Cuba urutan dan kompres suamUrutan lembut pada kelopak mata menggunakan jari yang bersih selama 30 hingga 60 saat boleh membantu melegakan ketegangan otot.Kompres suam pada kawasan mata selama beberapa minit juga boleh dicuba.7. Pastikan tubuh cukup airDehidrasi dan pemakanan yang tidak seimbang turut boleh menjadi antara faktor menyumbang kepada masalah tersebut.Jadi, pastikan pengambilan air mencukupi dan amalkan diet seimbang.8. Bila perlu jumpa doktor?Kebiasaannya, eyelid myokymia bukanlah sesuatu yang serius dan boleh hilang dengan sendiri.Bagaimanapun, pemeriksaan doktor diperlukan jika denyutan berterusan selama beberapa minggu atau disertai mata membengkak, berair, kelopak mata tertutup sendiri, penglihatan kabur atau perubahan lain pada mata.Jika denyutan terlalu kuat sehingga mengganggu aktiviti harian, pemeriksaan juga wajar dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar.