Terlupa perkara kecil ketika melakukan rutin harian merupakan perkara biasa, namun ia boleh menjadi petanda awal kemerosotan daya ingatan. -Gambar hiasan AI
TIADA siapa mahu menghabiskan usia tua dengan masalah nyanyuk sehingga sukar mengenali orang tersayang atau menguruskan diri sendiri.Khabar baiknya, risiko demensia boleh dikurangkan menerusi beberapa amalan mudah yang diamalkan secara konsisten setiap hari. Menerusi satu perkongsian, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan risiko nyanyuk boleh dikurangkan melalui amalan gaya hidup sihat merangkumi penjagaan kesihatan fizikal, mental dan sosial.Antara amalan disarankan ialah:1. Kekal aktif secara fizikalLakukan senaman secara konsisten bagi melancarkan aliran darah ke otak.2. Merangsang mindaKekalkan otak aktif dengan membaca, mempelajari kemahiran baharu atau melakukan permainan yang menguji daya ingatan.3. Mengamalkan pemakanan sihatLebihkan pengambilan sayur-sayuran, ikan dan lemak sihat, di samping mengurangkan gula serta makanan diproses.4. Aktif dalam kehidupan sosialElakkan pengasingan diri dengan menyertai aktiviti kemasyarakatan atau keagamaan.5. Mengawal penyakit kronikPantau tekanan darah tinggi, kolesterol dan diabetes melalui pemeriksaan kesihatan berkala serta dapatkan rawatan sewajarnya.Menulis setiap hari boleh mencegah diri daripada menjadi seorang pelupa. -Gambar hiasan AISelain gaya hidup sihat, MKN turut berkongsi dapatan kajian pakar gaya hidup dari Jepun, Dr Hiroshi Tanaka, terhadap 80 penghuni rumah jagaan warga emas di negara itu antara tahun 2011 hingga 2019.Kajian tersebut mendapati amalan menulis menggunakan tangan selama 10 hingga 15 minit setiap hari mampu membantu mengurangkan risiko nyanyuk dengan berkesan.Menurut perkongsian itu, menulis jurnal atau beberapa perkataan menggunakan tangan memberi kesan yang berbeza berbanding menaip.Jelasnya, aktiviti tersebut membantu menguatkan memori, merangsang hubungan antara sel-sel neuron serta meningkatkan keupayaan otak memproses bahasa.Bagi umat Islam pula, MKN memaklumkan bahawa amalan menghafaz al-Quran turut digalakkan kerana ia dipercayai dapat membantu mengekalkan ketajaman fikiran.MKN turut mengingatkan bahawa rawatan awal dan amalan gaya hidup sihat merupakan antara langkah terbaik untuk melambatkan atau mengurangkan kemerosotan fungsi otak apabila meningkat usia.