suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembelit sampai kentut berbau, wajah jadi kusam... Wanita kongsi tip ‘membuang‘, paling mudah kunyah dark chocolate

Sembelit boleh menyebabkan masalah kesihatan lebih serius jika tidak dirawat. -Gambar hiasan AI

SEMBELIT sering dianggap sebagai masalah 'biasa' disebabkan kurang mengambil makanan tinggi serat yang menyukarkan proses membuang air besar.

Namun tanpa disedari ia boleh menyebabkan masalah lain sekiranya ia dibiarkan seperti kentut berbau busuk dan wajah kelihatan tidak bermaya dan kusam.

Di media sosial ramai mencadangkan pelbagai cara untuk mengatasi masalah sembelit.

Antara petua dikongsi seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Shayleen menarik perhatian ramai. 

Menurut Shayleen, sayur bendi boleh dijadikan sebahagian daripada hidangan harian atau ulam-ulaman dengan mengambil sekurang-kurangnya lima batang setiap hari.

Dia turut mencadangkan pengambilan dark chocolate selain menggunakan campuran baking soda dan perahan setengah biji lemon apabila mengalami masalah perut kembung.

Dalam komen sama, Shayleen mendakwa campuran tersebut boleh membantu mengurangkan rasa kembung dan melancarkan proses membuang air besar.

Selain itu, dia turut menyarankan pengambilan satu sudu minyak zaitun setiap kali bangun pagi sebanyak tiga kali seminggu.

Bagaimanapun, petua yang dikongsikan orang ramai di media sosial tidak semestinya sesuai atau terbukti berkesan untuk semua individu.

Masalah sembelit berlarutan atau kerap berlaku juga tidak wajar dipandang ringan, terutama jika disertai simptom lain membimbangkan.

Justeru, mereka yang mengalami perubahan pada tabiat membuang air besar secara berterusan disarankan mendapatkan nasihat doktor bagi mengenal pasti punca sebenar.

Artikel Lain