Bomba London menyatakan kira-kira 400 orang dibawa keluar dari hotel di Berkeley Mews itu selepas letupan menyebabkan kerosakan besar pada tingkat bawah bangunan itu.
Seorang jurucakap wanita Hyatt berkata, sekurang-kurangnya 12 kakitangan dirawat kerana mengalami kecederaan manakala tiada pelanggan yang cedera.
Pelanggan ditempatkan di hotel berhampiran manakala kerosakan pada bangunan sedang dinilai.


