Marwan Dipercayai Rekrut Rakyat Filipina Sertai IS - Manila Times

Marwan.
PETALING JAYA: Militan rakyat  Malaysia, Zulkifli Abdul Hir atau lebih dikenali sebagai Marwan dilaporkan merekrut umat Islam Filipina di Pulau Mindanao, selatan negara itu untuk menyertai Negara Islam (IS). 


Manila Times melaporkan pegawai risikan Polis Negara Filipina (PNP) dipetik sebagai berkata, ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) mengesahkan Marwan yang juga pakar pembuat bom merupakan salah seorang daripada empat militan yang menjalankan usaha merekrut di sana. 


Marwan,  yang mempunyai wang simpanan sebanyak US$5 juta (RM16.37 juta), dan kumpulannya dilaporkan mensasarkan golongan muda Islam Filipina untuk menjalani latihan di Iraq dan Syria sebelum membawa mereka pulang ke Filipina untuk menyebarkan ideologi IS.

Manila Times memetik sumbernya yang enggan dikenali, bahawa nama anggota JI yang bertanggungjawab dalam merekrut ahli baru, ialah Quaim, Mawiya dan Abu Saad.

Sumber tersebut mendakwa tiga individu berkenaan dipercayai bersembunyi di satu lokasi yang tidak diketahui di Mindanao. 

Mereka turut serta bersama seorang lagi individu yang bertindak sebagai ketua yang merekrut ahli baharu dan suspek itu dikenali sebagai Abdurahman yang berasal dari Arab Saudi. 

Laporan mengenai aktiviti kumpulan Marwan bertepatan dengan laporan sebelum ini yang mendedahkan IS telah menyusup masuk ke beberapa lokasi di selatan Filipina. 

Sumber tersebut berkata, kumpulan militan tersebut akan memberikan syarahan kepada ahli baharu yang direkrut, sementara yang lain direkrut melalui Internet. 

Menurut laporan itu, seorang remaja berusia 14 tahun mendakwa dirinya telah direkrut oleh Ketua JI, Abdul Basit Usman, yang beroperasi di Basilan, sebuah wilayah autonomi di utara Mindanao. 

Remaja berkenaan dan beberapa ahli rekrut yang lain telah menyatakan ikrar taat setia mereka kepada IS, dan mereka telah dilatih untuk berperang atas nama jihad bagi menentang musuh Islam.
IS, Marwan, JI

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain