Tentera - Pemberontak Bertempur : 10 Orang Awam Terbunuh

DONETSK: Seramai 10 orang awam disahkan maut pada Khamis selepas kumpulan pemberontak yang menguasai bandar ini melakukan serangan besar-besaran.

Mereka yang terbunuh terdiri daripada murid sekolah, keluarga, dan guru-guru ketika hari pertama persekolahan dibuka.

Peperangan antara tentera Ukraine dan pemberontak pro-Rusia turut memaksa penghuni sekolah bersembunyi di bilik bawah tanah.

Serangan terhadap bas sekolah itu mengorbankan empat orang dewasa dan selainnya dikenalpasti sebagai kanak-kanak.

Angka kematian tersebut juga merupakan yang tertinggi dicatatkan selepas gencatan senjata dipersetujui sebelum ini.

Pertempuran itu dilaporkan berlaku kerana perebutan kawasan antara kedua-dua belah pihak di bandar berkenaan.

Malah kedua-dua pihak juga saling tuduh-menuduh supaya bertanggungjawab terhadap kematian orang awam.

Sementara itu Canselor Jerman, Angela Merkel yang menghubungi Presiden Rusia, Vladimir Putin mendesak Moscow bertanggungjawab terhadap kumpulan pemberontak di Ukraine.


 



Donetsk, Rusia

Artikel Sebelum

Artikel Lain