suria

Abdel Fattah Al-Sisi Dahului Kiraan Awal

Proses pengiraan undi sedang dilakukan.
KAHERAH: Bekas Jeneral Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mendahului pencabarnya dalam kiraan awal bagi pilihan raya presiden negara itu, Khamis.

Dengan lebih 15 peratus kiraan undi di pusat pengundian, Abdel Fattah mendahului dengan 93 peratus undi, mengatasi lawanya, Hamdeen Sabbahi dalam pilihan raya yang diadakan selama tiga hari itu.

Keputusan tersebut sudah diramal kerana Abdel Fattah mendapat sokong kuat daripada pelbagai pihak yang mengharapkan kestabilan selepas keadaan huru-hara melanda Mesir sejak beberapa tahun lalu.

Ratusan penyokong beliau berarak di jalanan dengan mengibarkan bendera Mesir, menyalakan bunga api dan membunyikan hon kenderaan mereka.

"Ia kemenangan untuk kestabilan," kata salah seorang penyokong, Tahra Khalde.

Proses pengundian dijadualkan berakhir pada Selasa tetapi dilanjutkan sehingga Rabu, keputusan yang dibuat pada saat akhir kerana bilangan pengundi keluar mengundi yang rendah.

Keputusan itu bagaimanapun mendapat bantahan keras daripada Sabbahi yang tewas  kepada bekas Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi pada pilihan raya 2012.

Artikel Lain