suria

Anak Pengarah Hollywood Mengamuk Bunuh Enam Mangsa

SANTA BARBARA: Seorang pelajar yang menikam tiga mangsa dan menembak mati tiga mangsa lain dalam kejadian ngeri berhampiran sebuah kolej di California merupakan anak kepada pengarah Hollywood.

Sekurang-kurangnya 13 yang lain tercedera dalam insiden tersebut.

Menurut polis, suspek, Elliot Rodger, 22, kemudiannya menembak dirinya sendiri selepas melakukan pembunuhan kejam itu.

Bapa suspek, Peter Rodger, merupakan pembantu pengarah filem blokbuster Hollywood 2012, The Hunger Games.

Menceritakan mengenai kejadian, polis berkata Rodger berulang kali menikam tiga mangsa lelaki di pangsapurinya.

Kemudian diluar rumahnya, Rodger mensasarkan tiga remaja perempuan di seberang jalan dan menembak mati dua daripadanya yang berusia 22 dan 19 tahun.

Rodger kemudian memandu kereta BMW hitam miliknya dan menemui seorang lagi mangsanya iaitu seorang pelajar Christopher Martinez, 20, sebelum menembak di bahagian kepala.
Pengarah Hollywood

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain