suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Boko Haram Korbankan 24 Nyawa

Anggota Boko Haram yang bertindak menyerang penduduk tanpa belas kasihan di Nigeria.
KANO, NIGERIA: Serangan terbaharu anggota militan Boko Haram di sebuah kampung yang terletak di timur laut negara itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang terkorban.

Sejak beberapa bulan lalu, kumpulan militan berkenaan meningkatkan serangan terhadap penduduk tempatan dengan melepaskan tembakan rambang, selain menculik.

Kumpulan lelaki bersenjata menaiki motosikal menyerbu dan melepaskan tembakan di kampung Kamuya di Borno, sebuah negeri di Nigeria selepas terbit matahari ketika penduduk ke pasar minggu lalu.

Serangan itu menunjukkan bagaimana Boko Haram yang mendapat perhatian dunia selepas menculik lebih 200 pelajar perempuan bulan lalu, boleh bertindak menyerang penduduk tanpa sebarang tindak balas pihak berkuasa tempatan.

Kejadian itu juga mendedahkan kelemahan tentera Nigeria dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin, terutama golongan muda yang sehingga kini nasib mereka tidak diketahui.

Boko Haram, militan, Nigeria

Artikel Lain