suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arab Saudi Umum Kematian Terbaharu MERS

- Gambar hiasan
RIYADH: Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi pada Isnin melaporkan kematian baharu akibat virus MERS, menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat penyakit ini sebanyak 169.

Kementerian Kesihatan di laman webnya berkata mangsa terbaharu kepada Sindrom Pernafasan Timur Tengah ini adalah seorang lelaki berusia 59 tahun yang meninggal dunia pada Ahad di bandar di barat Taif.

Turut dilaporkan, dua jangkitan baharu, satu di Riyadh dan satu lagi Jeddah, menjadikan jumlah kes MERS sebanyak 531.

Negara-negara lain termasuk Mesir, Jordan, Lebanon, Belanda, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat juga telah mencatatkan kes, kebanyakannya terdiri daripada mereka yang pernah berkunjung ke negara-negara padang pasir.

Seperti virus SARS, MERS muncul dan menyebabkan jangkitan paru-paru, dengan pesakit yang mengidap batuk, kesukaran bernafas dan demam.

Tetapi MERS berbeza kerana ia juga menyebabkan kegagalan buah pinggang.
MERS, SARS, Arab Saudi

Artikel Lain