suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Terburuk Bosnia, Serbia Ragut 30 Nyawa

Banjir terburuk melanda Bosnia dan Serbia berikutan hujan paling lebat sejak sedekad lalu.
BELGRADE: Banjir terburuk melanda seluruh Bosnia dan Serbia berikutan hujan paling lebat sejak lebih sedekad hingga meragut nyawa sekurang-kurangnya 30 orang.

Kejadian yang berlaku tanpa diduga itu juga memaksa lebih 16,000 penduduk dipindahkan dari kawasan perkampungan yang terjejas akibat bencana alam berkenaan.

Perdana Menteri, Aleksandar Vucic mengatakan, mayat pertama ditemui di Obrenovac, daerah paling teruk dilanda banjir di selatan ibukota negara itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah kematian tidak akan diumumkan lebih lanjut sehingga paras air surut.

"Gelombang kedua dijangka berlaku bermula dari Sungai Sava," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Doboj, Bosnia, Obren Petrovic berkata, lebih 20 mayat dibawa ke rumah mayat.

Selain itu, pihak berkuasa mengesan mangsa lemas di bandar Samac, manakala mayat dua wanita warga emas ditemui di bandar Maglaj, Jumaat, manakala, empat mayat ditemui di Bosnia dan tiga lagi di Serbia.

Berdasarkan situasi semasa, pihak berkuasa menjangka angka kematian meningkat dalam masa terdekat.

banjir, Serbia, Bosnia, Aleksandar Vucic

Artikel Berikut

Artikel Lain