suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jet Tentera Laut AS Terhempas Sewaktu Latihan

Pesawat F/A-18C Hornet.

LOS ANGELES: Sebuah jet Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) jenis F/A-18C Hornet terhempas semasa latihan pada Sabtu di Nevada, kata Tentera Laut AS dalam satu kenyataan.

Pesawat pejuang itu yang diberikan kepada Pusat Peperangan dan Serangan Tentera Laut AS di Fallon, Nevada, terhempas pada kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan ketika melakukan latihan, kira-kira 112 kilometer Timur Stesen Udara Tentera Laut Fallon.

"Tentera Laut masih belum mengesahkan keadaan anggota krew di dalam pesawat. Pesawat itu menjalankan penerbangan latihan sebelum kemalangan itu," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, satu iasatan eselamatan akan dijalankan untuk menentukan punca nahas.

Hornet yang dibina oleh Boeing, yang digunakan sebagai pesawat serangan dan pejuang, telah beroperasi sejak 1980-an. - AFP

Artikel Lain