suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menteri Dalam Negeri India Ugut 'Hapuskan' Media

Sushilkumar Shinde.

NEW DELHI: Menteri Dalam Negeri India mengugut untuk 'menghapuskan' wartawan yang melaporkan mengenai masalah yang berlaku menjelang pilihanraya negara itu Mei depan. 

Komen oleh Menteri Dalam Negeri, Sushilkumar Shinde itu dikritik di media sosial dan parti-parti pembangkang selepas bekas ketua tentera itu menyifatkan wartawan sebagai 'press-titutes'. 

Bercakap pada Isnin, Shinde menuduh media memanipulasi berita mengenai parti kongresnya pada satu perhimpunan di Maharashtra. 

"Unit perisikan di bawah saya, jadi saya tahu dari mana aktiviti tersebut dilancarkan dan saya memperhatikan mereka. Sekarang kita buat keputusan untuk menghapuskan penyebar gosip dari negara ini," kata Shinde. 

Artikel Berikut

Artikel Lain