suria

80 Rangka Manusia Ditemui Dalam Satu Kubur Besar Di Utara Sri Lanka

COLOMBO: Pihak forensik telah menemui 80 rangka manusia dalam satu liang lahat yang besar di sebuah kawasan di Utara Sri Lanka yang suatu ketika dahulu adalah zon perang di antara pihak berkuasa dengan pemberontak Tamil. 

Selepas kawasan kubur besar itu ditemui secara tidak sengaja oleh sekumpulan pekerja kontraktor Disember lalu, pihak berkuasa telah mengeluarkan 80 rangka manusia dari situ.  

Pegawai Perubatan Kehakiman, Dhananjaya Waidyaratne berkata, mereka telah kembali mengali pada Isnin selepas ia dihentikan buat seketika dan jumlah rasmi rangka manusia yang telah dikeluarkan mencecah angka 80. 

Perang antara kerajaan Sri Lanka dengan pemberontak Tamil tamat lima tahun yang lalu dengan pasukan pemisah tersebut berjaya dipatahkan sepenuhnya.  

Puak pemisah Tamil menuntut kawasan mereka sendiri yang merdeka di Utara Sri Lanka.  

Tempat di mana 80 rangka manusia ditemui itu telah dikuasai oleh pemberontak Tamil selama lebih 30 tahun sebelum mereka ditumpaskan oleh tentera kerajaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain