suria

Ahli Falak Saksi Asteroid Hentam Permukaan Bulan

PARIS: Seorang ahli antronomi Sepanyol pada Isnin mendakwa yang dia telah menyaksikan bagaimana seketul asteroid sebesar peti sejuk terhempas ke permukaan bulan.

Kejadian yang jarang-jarang berlaku itu telah disaksikan oleh Jose Maria Madiedo, seorang profesor di University Huelva, demikian menurut Persatuan Astronomi Diraja Britain (RAS) pada 11 September tahun lalu.

Madiedo ketika itu sedang mengendalikan teleskop berkuasa tinggi untuk memerhati bulan apabila tiba-tiba beliau ternampak satu objek menghentam basin bekas kawah lava yang dinamakan Mare Nubium.

Letusan daripada hentaman itu menghasilkan cahaya yang sangat terang.

Malah menurut RAS cahaya itu dapat disaksikan dari permukaan bumi seandainya ada sesiapa yang mendongak ke langit dan memerhatikan bulan pada waktu itu.

Madiedo membuat kiraan bahawa asteroid itu sekurang-kurangnya seberat 400 kilo dengan diameter antara 60 centimeter hingga 1.40 meter.

Hentaman itu berlaku dengan kelajuan sekitar 61,000 kilometer sejam dan membentuk kawah sedalam 40 meter.
ahli falak, asteroid, hentam bulan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kabinet Mesir Letak Jawatan

Artikel Lain