LONDON: Beberapa kesatuan sekerja di London melancarkan boikot pada rangkaian keretapi bawah tanah London Underground pada Selasa, hanya beberapa jam sebelum ia sepatutnya memulakan operasi.Boikot selama 48 jam itu dirancang susulan daripada boikot yang seumpamanya pada minggu lepas, sehingga mengakibatkan gangguan perkhidmatan dan kelewatan. Tetapi kesatuan TSSA dan RMT berkata, mereka membatalkan boikot itu selepas menerima cadangan untuk menunda penutupan kesemua 260 pejabat kaunter tiket bagi rangkaian Underground, yang akan menyebabkan kehilangan 950 pekerjaan.Setiausaha Agung RMT, Bob Crow berkata, tindakan itu disusuli dengan satu rundingan. mengenaiCrow berkata: "Selepas dua hari perbincangan intensif dan terperinci menerusi pejabat-pejabat ACAS, kita sekarang menerima cadangan untuk menghentikan pelaksanaan pemberhentian kerja di mana memberikan kita peluang untuk membincangkan mengenai semua isu.Datuk Bandar London, Boris Johnson mengalu-alukan keputusan kesatuan itu dan berkata, beliau menantikan 'perbincangan penuh dan substantif' mengenai rancangan penutupan pejabat kaunter tiket. - AFP