suria

Lagi Kes Dera Pembantu Rumah di Hong Kong

HONG KONG: Seorang suri rumah di sini ditahan selepas didakwa mendera pembantu rumahnya yang berasal dari Bangladesh, kata polis pada Isnin dalam siri terbaru kes penderaan pembantu warga asing.

Penahanan wanita berusia 58 tahun itu dibuat selepas kejadian berkenaan mendapat liputan media.

Kes terbaru itu didedahkan selepas seminggu ribuan pekerja tempatan mengadakan demonstrasi di selatan China bagi menuntut keadilan terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didera majikannya.

Pembantu rumah warga Bangladseh berusia 27 tahun itu dipercayai telah dipukul di kepala, ditarik rambut, dicalarkan pada tangan dengan berus tembaga dan dikurungkan di dalam setor.

Sebuah akhbar melaporkan, suspek telah ditahan pada pagi Ahad di kondominium mewahnya di bandar ini.

Mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikutan kecederaan yang dialami. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain