suria

Usahawan Media Hong Kong Run Run Shaw Meninggal Dunia

Sir Run Run Shaw
Sir Run Run Shaw
Sir Run Run Shaw

HONG KONG: Usahawan media Hong Kong berpengaruh dan juga seorang dermawan, Sir Run Run Shaw meninggal dunia di kediamannya pada Selasa, menurut laporan media tempatan.

Beliau berusia 107 tahun.

Beliau menjalani kehidupannya bersama dua anak lelaki dan dua orang anak perempuan berserta isteri merangkap pembantunya, Mona Fong yang telah lama berkhidmat dengan beliau.

Isteri pertamanya Lady Lily Shaw meninggal dunia pada tahun 1987.

Run Run Shaw, yang dikurniakan darjah kesatria pada tahun 1977, mengasaskan syarikat filem Shaw Studios dengan abangnya Run Me Shaw dan kemudiannya menubuhkan stesen televisyen TVB.

Beliau memainkan peranan penting dalam pertumbuhan industri hiburan Asia Tenggara. - ANN/Singapore Straits Times

Artikel Lain