suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Terbunuh Dalam Rempuhan Ketika Agihan Makanan Kepada Tetamu

BEIJING: Seramai 14 orang, sebahagiannya adalah kanak-kanak terbunuh dan 10 lagi cedera dalam insiden rempuhan ketika sesi pengagihan makanan di sebuah majlis di wilayah Ningxia di China, lapor media pada Isnin.

Rempuhan pada waktu makan tengah hari Ahad itu berlaku ketika makanan diagihkan kepada orang ramai yang menghadiri sebuah majlis bagi memperingati seorang pemimpin agama yang telah meninggal dunia, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Dilaporkan, semua mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital, dengan empat daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Sebuah gambar yang disiarkan secara dalam talian oleh rangkaian berita China menunjukkan enam mayat bergelimpangan di dalam bangunan, dengan beberapa kanak-kanak berpakaian warna-warni merupakan antara mereka yang terbunuh.

"Kasihan kanak-kanak ini," kata keterangan gambar itu.

Ningxia merupakan salah sebuah wilayah yang paling miskin di China. - AFP

Artikel Lain