suria

Bangunan Runtuh Di India, Operasi Mencari Mangsa Diteruskan

PANAJI (India): Pasukan penyelamat India melakukan operasi mencari mereka yang terselamat di dalam runtuhan bangunan blok apartment yang sebahagiannya dalam pembinaan pada Ahad yang menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh.

Kira-kira 15 orang lagi dikhuatiri terperangkap di dalam bangunan kediaman yang runtuh pada tengah hari Sabtu.

Pemangku ketua setiausaha negeri, R.K. Srivastava memberitahu para pemberita di lokasi kejadian bahawa bilangan kematian meningkat kepada 15 orang berbanding jumlah terdahulu 13 orang.

Beliau berkata, operasi mencari mereka yang terselamat diteruskan.

Terdahulu, seorang pegawai kanan yang terlibat dalam usaha menyelamat itu memberitahu AFP bahawa kira-kira 15 sehingga 2- orang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan dan peluang untuk mencari mereka yang terselamat semakin tipis.

"Kir-kira 40 orang bekerja di bangunan itu ketika ianya runtuh, dan segelintir berjaya menyelamatkan diri," katanya. - AFP

Artikel Lain