suria

Lelaki Naik Belon Udara Panas Untuk Ke Pulau Larangan Berjaya Diselamatkan

TOKYO: Seorang lelaki warga China cuba untuk menerbangkan belon udara panas beratus-ratus kilometer ke kepulauan yang menjadi pertikaian antara Beijing dan Tokyo diselamatkan oleh pengawal pantai Jepun selepas ia meninggalkan kawasan pantai, kata pegawai pada Khamis.

Lelaki yang berusia 35 tahun itu berlepas dari wilayah Fujian di China pada pagi Rabu dalam cubaan untuk mendarat di salah satu pulau yang dikawal oleh Tokyo, kata pegawai Pengawal Pantai Jepun.

Ia merupakan usaha yang begitu berani apabila belon udara panas itu terbang jauh di kepulauan yang kecil di Laut China Timur kira-kira 359 kilometer dari tempatnya berlepas.

Kepulauan itu menjadi perebutan antara Beijing dan Tokyo yang mendakwa ia adalah sebahagian daripada wilayah mereka.

China menggelarnya sebagai Diaoyu, dan Tokyo menamakannya Senkaku.

Pegawai berkata, helikopter penyelamat Jepun berjaya menyelamatkan lelaki yang berada 22 kilometer ke selatan dari tempat kawasan yang ingin ditujunya itu.- AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain