suria

16 Maut Letupan Di Stesen Kereta Api Di Moscow

MOSCOW: Pengebom berani mati meletupkan dirinya sendiri dan mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang awam dalam satu serangan di sebuah stesen kereta api di bandar Volgograd dekat sini, lewat malam Ahad.

Letupan itu sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan menjelang Sukan Olimpik Sochi yang akan berlangsung enam minggu lagi.

Anggota penyiasat berkata, suspek wanita yang tidak dikenali itu berhenti selepas ditahan pegawai polis ketika melalui imbasan logam di pintu masuk stesen.

Kawasan berkenaan sesak dengan orang ramai yang dalam perjalanan untuk meraikan Tahun Baru.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan api besar keluar dari arah pintu depan dan bahagian tingkat bangunan tiga tingkat itu.

Asap tebal itu menyebabkan orang ramai bertempiaran lari dan keadaan menjadi kecoh sebelum anggota bomba dan penyelamat datang untuk memadam kebakaran.

Artikel Lain