suria

Insiden Bom Di Baghdad, Sembilan Terbunuh

BAGHDAD: Siri pengeboman di kawasan ibu negara Iraq, Baghdad mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh pada Isnin, kata pegawai perubatan dan keselamatan.

Sebanyak tiga kereta diletupkan dan satu bom magnetik diletakkan di sebuah kenderaan turut mencederakan sekurang-kurangnya 25 yang lain, kata beberapa sumber.

Tragedi berdarah yang terbaru itu berlaku sehari selepas serangan di beberapa kawasan di Iraq, termasuk satu lagi insiden pengeboman di wilayah Baghdad, yang mengorbankan 19 orang, termasuk seorang pengacara televisyen dan sekeluarga lima beranak.

Pengacara itu adalah Nawras al-Nuaimi, yang merupakan wartawan keenam terbunuh di Iraq sejak Oktober lalu, lima daripada terkorban di bandar Mosul, utara negara itu.

Lebih 6,450 orang terbunuh dalam keganasan sejak awal tahun, menurut perangkaan AFP berdasarkan sumber-sumber jabatan perubatan dan keselamatan. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain