suria

Tiada Bukti Boleh Dipercayai Puteri Diana Mati Dibunuh - Polis

LONDON: Polis British pada Isnin berkata mereka telah selesai memeriksa maklumat baru tentang kematian Puteri Diana pada 1997 tetapi tiada penemuan dan bukti yang boleh dipercayai bahawa 'beliau dibunuh'.

Ibu pejabat polis Scotland Yard pada Ogos mengumumkan akan memeriksa kredibiliti maklumat yang diterima baru-baru ini berhubung kematian Puteri Diana dan teman lelakinya Dodi Fayed, termasuk dakwaan bahawa beliau telah dibunuh oleh seorang tokoh tentera British.

"Perkhidmatan Polis Metropolitan (MPS) telah melaksanakan skop untuk menilai kesesuaian dan kredibiliti maklumat itu," kata badan penguatkuasa itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin.

"Skop pelaksanaan kini telah lengkap," katanya, sambil menambah bahawa kenyataan rasmi akan dibuat pada Selasa.

Diana dan Fayed terbunuh dalam kemalangan kereta pada awal pagi 31 Ogos 1997, bersama-sama dengan pemandu mereka, Henri Paul.

Difahamkan bahawa dakwaan bahawa anggota tentera elit British rejimen Perkhidmatan Udara Khas (SAS) terlibat telah dibuat oleh bekas ibu dan bapa mertua bekas tentera tersebut, berdasarkan maklumat yang dikatakannya tentang pada masa lalu.

"Kesimpulan yang terakhir adalah, walaupun ada kemungkinan dakwaan berhubung penglibatan SAS dalam kematian mungkin telah dibuat, tidak ada bukti yang boleh dipercayai untuk menyokong teori dakwaan tersebut dan hakikatnya tidak mempunyai sebarang asas," kata kenyataan polis.

"Oleh itu MPS berpuas hati bahawa tidak ada bukti untuk membuka apa-apa siasatan jenayah," katanya.

Artikel Lain