suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

22 Maut Bas Terjunam, Hempap Van Di Filipina

Kelihatan mayat yang bergelimpangan di atas jalan ditutup dengan surat khabar.
Kelihatan mayat yang bergelimpangan di atas jalan ditutup dengan surat khabar.
Kelihatan mayat yang bergelimpangan di atas jalan ditutup dengan surat khabar.

MANILA: Sekurang-kurangnya 22 terbunuh apabila sebuah bas terjunam dan menghempap van di lebuh raya bertingkat di tengah Filipina pada Isnin.

Seramai 20 yang terkorban dalam kemalangan itu adalah penumpang bas manakala dua lagi menaiki van, kata pegawai penyiasat trafik, Jose Abuyog.

“Angka kematian mungkin akan meningkat dengan sebahagian daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

Menurut Abuyog, lebih 20 lagi penumpang cedera parah apabila bas berkenaan terjatuh setinggi kira-kira enem meter.

Bagaimanapun, punca nahas masih dalam siasatan.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Peraturan Pengangkutan Darat, Winston Ginez, berkata pemandu bas yang terselamat akan ditahan dan disiasat.

Operasi syarikat bas berkenaan, Don Mariano Transit, digantung selama 30 hari untuk kerja-kerja pemeriksaan ke atas kenderaan lain, kata Gines kepada pemberita. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain