Dr Mahathir Sampaikan Mesej Peribadi Najib Kepada Keluarga Mandela - Dunia | mStar

Dr Mahathir Sampaikan Mesej Peribadi Najib Kepada Keluarga Mandela

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyertai orang-orang kenamaan dunia memberi penghormatan terakhir kepada bekas presiden Afrika Selatan Nelson Mandela, berada di Pretoria sebagai wakil peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata Dr Mahathir juga mengetuai delegasinya untuk menyampaikan ucapan takziah mereka dan juga mesej peribadi Najib kepada keluarga mendiang ikon anti-Aparteid itu.

Mandela, 95, meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg pada 5 Dis selepas beberapa menderitai jangkitan paru-paru. "Mendiang Nelson Mandela dan Dr Mahathir mempunyai hubungan yang amat rapat, yang terjalin semasa zaman-zaman mencabar apabila Afrika Selatan di bawah rejim aparteid," kata kenyataan itu.

Ia menjelaskan bahawa Malaysia memainkan peranan yang menyokong persiapan Afrika Selatan untuk pilihan raya demokratiknya pada 1994 yang menyaksikan Mandela dipilih sebagai presiden kulit hitam yang pertama.

Dr Mahathir diiringi dalam perjalanan ke Afrika Selatan oleh isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pesuruhjaya tinggi Malaysia Kennedy Jawan, tokoh ahli perniagaan Tan Sri Lim Kok Wing dan juga para pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain