suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Courts Buka Cawangan Baru Di Westgate Mall, Singapura

SINGAPURA: Courts, penjual barang elektrik, IT dan perabot terkemuka Asia Tenggara, membuka gedung terbaharunya di Westgate Mall di Jurong di sini, menjadikan keseluruhan cawangannya di negara ini kepada 15 buah.

Dengan penyertaan gedung dalam taliannya, Courts kini mempunyai 16 gedung di Singapura, katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Negara Courts Singapura, Tim Luce berkata Jurong kini menjadi tempat pilihan untuk bekerja, tinggal serta bermain dan pertumbuhan serta pembangunannya yang luar biasa menjadi bukti.

"Cawangan di Westgate Mall menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan kami di bahagian barat pulau ini kepada barangan kami yang bermutu dan kami gembira untuk terus menyediakan khidmat kepada penduduk di barat," kata beliau.

Courts Westgate akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Sabtu ini.

Courts Asia, syarikat induk Courts (Singapore) Pte Ltd, Courts (Malaysia) Sdn Bhd dan PT Courts Retail Indonesia, telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Singapura sejak Oktober 2012.

Dengan sejarah penubuhannya sebagai penjual perabot dari United Kingdom, Courts ditubuhkan di Singapura pada 1974 dan di Malaysia pada 1987. - BERNAMA

Artikel Lain