suria

Singapura, Indonesia Bincang Tangani Krisis Jerebu

SINGAPURA: Pegawai tertinggi Singapura dan Indonesia dijadual mengadakan perbincangan mengejut pada Khamis selepas asap tebal dari pembakaran hutan di Sumatera mencapai tahap buruk dan mengancam kualiti udara.

Singapura berkata, pihaknya menghantar Ketua Eksekutif Agensi Alam Sekitar Negara (NEA), Andrew Tan menghadiri mesyuarat di Jakarta apabila Kementerian Luar Indonesia menjadi tuan rumah.

"Kami memerlukan tindakan yang tegas oleh Indonesia untuk menangani masalah yang berpunca dari negara itu," kata Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Vivian Balakrishnan.

"Singapura sudah hilang sabar dan kami dalam marah dan tertekan," katanya.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berkata, beliau akan bertemu 'menteri yang berkaitan' juga hari ini dan akan mengadakan sidang media mengenai keadaan jerebu.

"Tolong kekal di dalam rumah dan elak mengadakan aktiviti di luar. Bantu antara satu sama lain - kita akan keluar dari masalah ini bersama," katanya dalam laman Facebooknya. - AFP

Artikel Lain