suria

Muhammad Ali Diiktiraf “Raja Tinju”

Muhammad Ali diberi pengiktirafan sebagai "Raja Tinju". Foto AP
Muhammad Ali diberi pengiktirafan sebagai
Muhammad Ali diberi pengiktirafan sebagai "Raja Tinju". Foto AP

MEXICO: Muhammad Ali, bekas juara tinju heavyweight dunia diberikan pengiktirafan sebagai “Raja Tinju” pada Konvensyen Majlis Tinju Dunia (WBC) ke-50.

Konvensyen itu bermula pada Isnin di pantai peranginan Carribean di Mexico, Cancun.

Pemahkotaan Ali merupakan salah satu acara utama konvensyen itu yang meraikan ulang tahun ke-50, diketuai oleh Jose Sulaiman.

Pengiktirafan Ali sebagai “Raja Tinju” di atas pencapaiannya yang cemerlang sepanjang hayat dalam sukan tinju.

Artikel Lain