Ibu Bimbang Anak Antara 50,000 Kanak-Kanak India Yang Hilang - Dunia | mStar

Ibu Bimbang Anak Antara 50,000 Kanak-Kanak India Yang Hilang

NEW DELHI: Seorang budak lelaki berusia 13 tahun, Shivam Singh telah berjanji kepada ibunya bahawa dia akan pulang untuk melakukan kerja rumah selepas pergi mendapatkan manisan.

Dia bagaimanapun tidak pulang, menjadi salah seorang daripada 50,000 kanak-kanak yang hilang setiap tahun di India.

“Anak lelaki saya meninggalkan buku-bukunya terbuka, memakai sandalnya, menyikat rambut dan berlari keluar,” kata Pinky Singh yang mengingatkan peristiwa pada petang Julai lalu berhubung Shivam keluar dari rumah, sambil menitis air mata.

“Ia merupakan kali terakhir saya melihatnya.”

Sejak tiga bulan berlalu, Pinky akan duduk di atas katil anak lelakinya dan dikelilingi oleh permainan dan trofi sukan, sambil memikirkan tentang kebimbangannya terhadap apa yang telah berlaku pada Shivam.

“Saya hanya berdoa agar dia tidak terlibat dalam dadah atau mengemis. Dia seorang budak yang baik dan rajin.”

Menurut data jenayah baru-baru ini, seramai 14 kanak-kanak hilang di New Delhi setiap hari, sekurang-kurangnya enam daripada mereka merupakan mangsa pemerdagangan.

Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) berkata, kira-kira 1.2 juta kanak-kanak merupakan mangsa pemerdagangan kanak-kanak di seluruh dunia setiap tahun.

Bandar-bandar besar di India seperti New Delhi dan Mumbai merupakan antara sasaran utama bagi kumpulan penjenayah yang dikatakan polis bahawa aktiviti pemerdagangan kanak-kanak adalah menyamai dengan penjualan dadah. - AFP

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain