suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka Korban Kilang Bunga Api Terbakar di India Meningkat Kepada 38 Orang

CHENNAI (India): Angka korban akibat kebakaran besar di kilang bunga api di selatan India meningkat kepada 38 orang pada Khamis dengan polis mendedahkan lesen kilang berkenaan digantung sehari sebelum tragedi berlaku.

Anggota bomba mengambil masa berjam-jam bagi memadamkan kebakaran petang semalam di kilang Om Sivasakthi di Sivakasi iaitu pusat industri bunga api India, kira-kira 700 kilometer di barat daya Chennai.

Pegawai kanan polis Najmul Hoda, mengesahkan empat mayat berjaya dibawa keluar manakala sekurang-kurangnya 70 lagi sedang dirawat di hospital berdekatan.

Hoda berkata, pihak berkuasa sudah menggantung lesen kilang terbabit kelmarin selepas mendapati terdapat pengabaian keselamatan namun pihak pengurusan masih meneruskan operasi kilang secara haram, pada Rabu.

"Lesen kilang sudah digantung sehari lebih awal. Kami sudah mengenal pasti 13 individu yang bertanggungjawab. Enam daripada mereka sudah ditahan termasuk mandur kilang berkenaan," katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain