suria

30 Maut Dalam Letupan Kilang Bunga Api

CHENNAI, India: Satu letupan yang berlaku di sebuah kilang bunga api di selatan India mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 kematian dan berpuluh-puluh yang lain cedera serius terbakar dalam kejadian yang berlaku pada Rabu, kata para pegawai bomba dan perubatan.

Rakaman televisyen menunjukkan asap tebal berkepul-kepul di udara di kawasan kilang itu di Sivakasi, di aman merupakan pusat kepada industri bunga api di India, kira-kira 700 kilometer dari selatan bandar Chennai di Tamil Nadu.

Anggota bomba, Shanmugaraju yang memberitahu AFP di tempat kejadian menggambarkan ia sebagai satu letupan yang besar apabila satu kebakaran kecil berlaku di kilang Om Sivasakthi sehingga mengakibatkan kebakaran di dua gudang berdekatan.

“30 mayat telah dijumpai. Antara mereka adalah pekerja kilang, dan kebanyakannya merupakan penduduk kampung,” kata Shanmugraraju yang menjelaskan bahawa terdapat penduduk setempat yang turut berjalan di sekitar kawasan kilang ketika letupan berlaku. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain