suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

18 Terkorban Pesawat Tempur Syria Bom Bangunan

DAMSYIK: Pesawat tempur Syria mengebom bangunan di pekan Al-Bab yang ditawan pejuang pembebasan di utara negara itu dan mengorbankan 18 orang kata badan pemerhati, ketika monarki Teluk Arab mengutuk Damsyik kerana menggunakan senjata berat terhadap penduduk awam.

Dengan keganasan terus memuncak dan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan lebih 5,000 maut di seluruh Syria pada bulan Ogos saja, wakil damai khas baru antarabangsa, Lakhdar Brahimi, mengaku misinya hampir mustahil.

Serangan udara meragut sekurang-kurangnya 10 lelaki, enam wanita dan dua kanak-kanak.

"Mangsa termasuk dua kanak-kanak, seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Mereka terbunuh apabila jet pejuang mengebom bangunan yang menjadi tempat mereka berlindung," kata pengarah badan pemerhati beribu pejabat di Britain itu, Rami Abdel Rahman.

"Mangsa termasuk dua kanak-kanak, seorang lelaki dan seorang perempuan" - Rami Abdel Rahman, Pengarah badan pemerhati Serangan tentera

Tentera turut menyerang beberapa daerah di bandar raya Aleppo, enam minggu selepas rejim Bashar al-Assad memberi amaran ia akan menjadi ibu segala pertempuran di hab komersial Syria itu.

Serangan udara ke atas Al-Bab menyusul siri serangan di pekan dan kampung di pinggir Aleppo, ketika tentera rejim berusaha memutuskan laluan bekalan pejuang pembebasan ke bandar raya itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain