suria

Tujuh Maut, 20 Cedera Gempa Bumi Landa Barat Daya China

BEIJING: Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala 20 lagi cedera apabila gempa bumi berskala 5.7 magnitud menggegar barat daya China pada Jumaat.

Kejadian itu melanda sempadan Yunnan dan wilayah Guizhou kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan pada kedalaman 14 kilometer, lapor agensi Xinhua.

Kira-kira 20,000 buah rumah runtuh dan rosak teruk dalam gempa bumi yang dianggap terburuk di wilayah itu.

Gempa bumi itu yang dirasai penduduk di wilayah Sichuan turut disusuli beberapa gegaran lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain