suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

S&P Turunkan Penarafan Kredit Qantas

MELBOURNE: Standard & Poor's (S&P) telah menurunkan penarafan kredit korporat Qantas Airline kepada 'BBB-/A-3' daripada 'BBB/A-2' sebelumnya.

"Penurunan penarafan itu didorong oleh pandangan kami bahawa profil risiko perniagaan Qantas telah lemah ekoran tekanan berstruktur yang menjejaskan perniagaan antarabangsa syarikat penerbangan itu," kata penganalisis kredit S&P, May Zhong, dalam satu kenyataan.

Zhong berkata pengumuman Qantas pada Khamis lepas mengenai kerjasama dengan Emirates merupakan satu perkembangan positif bagi menambah baik keuntungan Qantas dan memulihkan penurunan bahagian pasarannya di laluan Eropah.

"Bagaimanapun, faedah material daripada perkongsian itu mungkin agak mengambil masa untuk direalisasi disebabkan kerugian besar Qantas sejak beberapa tahun lepas dan peningkatan risiko industri," kata Zhong.

S&P telah meletakkan Qantas pada pengawasan kredit negatif pada 7 Jun. - BERNAMA

Artikel Lain