suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

4 Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan di Perancis

PARIS: Empat orang ditemui mati dengan kesan tembakan di dalam dan berhampiran kenderaan bernombor plat Britain di jalan raya French Alps pada Khamis, kata pihak berkuasa tempatan.

Manakala seorang mangsa perempuan yang ditemui cedera dengan kesan tembakan dimasukkan ke hospital. Polis kini giat menjalan operasi memburu penjenayah di sekitar perkampungan Chevaline, di sini.

Pihak polis berkata, dua daripada mangsa adalah wanita dan selebihnya adalah lelaki. Bagaimanapun, identiti mangsa masih tidak jelas.

Sementara itu, Pejabat Luar Negeri Britain mengesahkan laporan berkenaan dan sedang menyiasat insiden itu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain