30 Maut Serangan Pemisah Kurdis - Dunia | mStar

30 Maut Serangan Pemisah Kurdis

DIYARBAKIR: Sekumpulan pemisah Kurdis bersenjatakan mesingan dan pelancar roket menyerang sebuah kompleks keselamatan di tenggara Turki malam kelmarin, mencetuskan pertempuran menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh kata sumber tempatan.

Seramai 10 askar terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam serangan di wilayah Sirnak, kata kerajaan tempatan manakala sumber tempatan lain berkata 20 ahli Parti Pekerja Kurdis (PKK) turut terbunuh.

Gabenor wilayah, Vahdettin Ozkan berkata militan menyerang kompleks keselamatan di Beytussebap lewat kelmarin, membunuh sembilan anggota keselamatan dan mencederakan lapan orang.

Pegawainya berkata bahawa seorang daripada mereka yang cedera turut terbunuh. Polis dan askar membalas tembakan sehingga mencetuskan pertempuran sengit.

PKK meningkatkan serangan terhadap pasukan keselamatan Turki sejak beberapa bulan lalu di mana pihak berkuasa Turki dan media tempatan mengaitkan ia dengan konflik di negara jiran Syria.

Bulan lalu seramai 10 orang terbunuh dalam satu letupan bom kereta yang dipersalahkan terhadap pemisah Kurdis di bandaraya Gaziantep.

PM ancam campur tangan tentera Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengancam campur tangan tentera jika pemisah Kurdish terus mewujudkan pangkalan mereka di Syria.

Beberapa pegawai kerajaan percaya bahawa Damsyik yang pernah disokong Ankara membantu PKK dalam memberi sokongan kepada pemisah menentang Presiden Bashar al-Assad.

PKK disifatkan sebagai sebuah kumpulan pengganas oleh Turki dan kebanyakan masyarakat antarabangsa mengambil senjata api di tenggara Turki dengan majoriti pemisah Kurdish pada 1984, mencetuskan konflik yang meragut 45,000 nyawa. - AFP

Artikel Sebelum

30 Maut Dalam Letupan Kilang Bunga Api

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain