suria

Boeing 747-8I Lufthansa Buat Penerbangan Sulung Ke New Delhi

NEW DELHI: Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa, telah melakukan penerbangan sulungnya menggunakan pesawat canggih baharu Boeing 747-8I Intercontinental ke New Delhi, yang menjadikan India negara pertama di Asia menerima pesawat itu.

Penerbangan dari Frankfurt mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di sini Selasa dan disambut secara tradisi dengan tembakan meriam air.

Lufthansa adalah pelanggan pelancaran global pesawat Boeing 747-8I.

Pesawat itu, yang digunakan bagi laluan Frankfurt-New Delhi, adalah pesawat kedua daripada 20 pesawat yang ditempah Lufthansa.

Lufthansa akan menggunakan pesawat yang sama ke Bangalore, selatan India.

B747-8I akan menambah baik sebanyak dua angka dari segi pembakaran bahan api dan bahan pengeluaran berbanding pesawat sebelumnya, B747-400, sambil menjana kurang 30 peratus bunyi bising.

Ia menggunakan enjin GEnx-2B GE Aviation. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain