suria

Bangunan Tidak Penuhi Standard, Pereka Bentuk Mohon Maaf

WELLINGTON: Pereka bentuk sebuah bangunan yang runtuh dalam kejadian gempa bumi di Christchurch tahun lalu pada Selasa memohon maaf kerana pembinaan bangunan itu tidak memenuhi standard ditetapkan.

Alan Reay yang mereka bentuk bangunan pejabat Televisyen Canterbury pada pertengahan 1980 menyifatkan kegagalannya sebagai tragedi ngeri.

Bangunan setinggi enam tingkat itu roboh sebelum pecah dan terbakar dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.3 yang menggegar New Zeland pada 22 Februari tahun lalu.

Bencana alam itu merupakan gempa bumi kedua terkuat melanda New Zealand.

"Saya menghabiskan masa bekerja dalam bidang kejuruteraan dan sentiasa cuba mengekalkan standard tertinggi dalam karier.

"Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa yang terkorban kerana bangunan tersebut tidak memenuhi standard," katanya.

Dia tidak jelas mengakui bahawa reka bentuk itu adalah salah tetapi berkata, jika terbukti salah, syarikatnya akan bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Kira-kira 115 orang maut dalam runtuhan itu, 65 daripada adalah pelajar asing yang menghadiri kursus bahasa Inggeris, kebanyakannya dari China dan Jepun.

Artikel Lain