suria

Wanita Berpengaruh Indonesia Suspek Kes Rasuah

JAKARTA: Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia (KPK) pada Rabu menetapkan Siti Hartati Murdaya, seorang ahli perniagaan dan wanita yang sangat berpengaruh di Indonesia, sebagai suspek dalam satu skandal rasuah berprofil tinggi.

Media tempatan melaporkan wanita yang dikatakan mempunyai kaitan kuat dengan semua presiden Indonesia kecuali Soekarno itu, didakwa memberi rasuah kepada Pegawai Daerah Boul, Sulawesi Tengah, Amran Batalipu Rp3 bilion (RM985,000).

"Jumlah suapan yang didakwa diberikan itu ada kaitan dengan penerbitan permit perniagaan kepada PT Cipta Cakra Murdaya dan PT Hartati Inti Plantation.

"Wang itu diberikan dalam dua peringkat iaitu Rp1 bilion pada 18 Jun dan Rp2 bilion pada 26 Jun," kata Pengerusi KPK Abraham Samad.

Penetapan wanita itu sebagai suspek disifatkan banyak pihak sebagai kejayaan besar suruhanjaya pembenterasan rasuah Indonesia kerana berani menyentuh lingkaran kekuasaan.

Siti Hartati, 65, dilaporkan mempunyai kekayaan terkumpul berjumlah AS$1 bilion menerusi penguasaan dalam lebih 50 syarikat dan beliau dinamakan orang ke-14 terkaya di Indonesia oleh majalah Forbes pada 2011. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain