suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden Mesir Arah Bebaskan 572 Tahanan

KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengarahkan pembebasan 572 tahanan tentera, lapor agensi berita MENA.

Morsi, yang dipilih sebagai Presiden pertama selepas proses pilihan raya umum bulan lalu mengeluarkan perintah pembebasan itu selepas mereka dihukum mahkamah tentera.

Morsi juga mengarahkan satu jawatan kuasa untuk mengkaji semula semua kes terhadap orang awam yang dibicarakan oleh mahkamah tentera sebelum ini.

Semua 11,879 warga Mesir ditahan oleh tentera sejak pemberontakan bagi menjatuhkan pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak, tahun lalu dengan 9,714 sudah dibebaskan setakat ini. AFP

Artikel Lain