AsiaTravel Menang Anugerah Jenama Majikan Terbaik, Jenama Terbaik

SINGAPURA: Asiatravel.com Holdings Ltd, penyedia pengembaraan dalam talian dan penempahan hotel pan-Asia, telah diberikan anugerah Jenama Majikan Terbaik dan Jenama Terbaik berprestij Asia oleh Employer Branding Institute, World HRD Congress dan Stars of the Industry Group.

Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia diberikan kepada Asiatravel.com berdasarkan kepada empat kriteria: Mewujudkan budaya sumbangan dan inovasi di tempat kerja; mempunyai penambahbaikan yang konsisten dalam dasar sumber manusia; menjadi majikan sosial; dan memajukan pemimpin masa depan. Anugerah itu diperakui oleh Asian Confederation of Businesses dengan CMO Asia sebagai rakan strategik.

Mengulas mengenai anugerah itu, Boh Tuang Poh, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Asiatravel.com, berkata: "Sebagai portal pengembaraan dalam talian terkemuka di Asia, kami percaya mempunyai bakat yang baik dan berbakat adalah amat penting".

Asiatravel.com turut menggondol Anugerah Jenama Terbaik Asia untuk kecemerlangan dalam penjenamaan dan pemasaran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain