suria

12 Juta Pelajar Nyanyi Lagu Ulang Tahun Untuk Nelson Mandela

Sebahagian pelajar di Afrika Selatan yang menyanyikan lagu ulang tahun untuk Nelson Mandela sempena hari ulang tahunnya ke-94. Foto AP

JOHANNESBURG: Hampir 12 juta pelajar di seluruh Afrika Selatan meraikan ulang tahun ke-94 bagi Nelson Mandela, seorang tokoh yang amat disanjungi kerana perjuangannya menghapuskan dasar apartheid.

Semua kanak-kanak itu menyanyikan lagu ulang tahun untuk beliau.

Semua perhimpunan sekolah pada Rabu dimulakan dengan ucapan ulang tahun untuk Mandela yang dikatakan menghabiskan hari istimewanya bersama keluarga di tenggara negara itu.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, Mandela “telah melakarkan sejarah, melakukan transformasi terhadap negaranya, benua dan dunia.”

Komuniti-komuniti di Afrika Selatan dan seluruh negara mendedikasikan selama 67 minit kepada kerja dan projek kebajikan bagi menandakan tempoh 67 tahun Mandela membuat aktiviti-aktiviti amal.

Beberapa pihak di Afrika Selatan menggesa rakyat di seluruh negara agar menjadikan setiap hari sebagai Hari Mandela. – AP

Artikel Berikut

Artikel Lain