suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Dua Wartawan Iraq Yang Dibunuh Dikeluarkan

BAGHDAD: Mayat dua wartawan Iraq yang ditikam dan ditembak mati di Damsyik, diserahkan kepada pos sempadan Syria pada Selasa, kata pegawai tempatan.

"Dua wartawan Iraq, Ali Juburi al-Kaabi dan Falah Taha, dibunuh dengan pisau dan peluru di kawasan Jaramana," kata Komander Iraq pos sempadan Al-Waleed, Kolonel Abdelbasit al-Hilo, yang merujuk kepada pinggir bandar Damsyik.

"Pasukan polis dan perisik Syria menyerahkan mayat wartawan itu bersama laporan perubatan hospital kepada pos sempadan Al-Waleed, hari ini. Mereka dipercayai dibunuh kelmarin,” katanya. - AFP

Artikel Berikut

17 Cedera Disambar Petir

Artikel Lain