suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

26 Maut Dalam Bencana Banjir, Tanah Runtuh Di Selatan Jepun

TOKYO: Sekurang-kurangnya 26 orang dilaporkan terkorban manakala ribuan penduduk terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh di selatan Jepun selepas hujan lebat melanda negara itu pada Ahad.

Arahan berpindah dikeluarkan sehari lebih awal bagi suku juta penduduk namun ditarik semula di kebanyakan kawasan pada Ahad selepas hujan kembali reda, sekali gus membolehkan orang ramai pulang ke kediaman masing-masing.

Bagaimanapun, ribuan penduduk masih terputus hubungan apabila tanah runtuh dan pokok tumbang sehingga menyekat jalan raya di kawasan pergunungan berkenaan.

Lebih 3,000 penduduk dilaporkan masih terkandas di Yame, wilayah Fukuoka, barat daya Jepun, di mana laluan berkenaan memisahkan tujuh daerah, lapor agensi berita Kyodo.

Artikel Lain