suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

FBI Siasat Jarum Dalam Menu Hidangan Delta Air

MINNEAPOLIS: Syarikat penerbangan Delta Air Lines Inc dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang mengenal pasti bagaimana jarum berada dalam menu hidangan sandwic dalam empat penerbangan dari Amsterdam, yang mengakibatkan seorang penumpang tercedera.

Juricakap Syarikat penerbangan Delta, Kristin Baur, berkata jarum itu ditemui dalam lima hidangan sandwic kelmarin, yang mengakibatkan seorang penumpang dalam penerbangan ke Minneapolis cedera.

Bagaimanapun, penumpang itu enggan mendapatkan rawatan susulan.

Sementara itu, jarum turut ditemui dalam menu dua penerbangan ke Atlanta dan satu ke Seattle.

Pejabat FBI di Atalanta sudah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. - AP

Artikel Berikut

17 Cedera Disambar Petir

Artikel Lain