suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Channel NewsAsia Lantik Ketua Editor Baharu

SINGAPURA: Penyiar serantau, Channel NewsAsia, melantik wartawan veteran dan penerbit program yang memenangi anugerah, Lian Pek, sebagai Ketua Editor mulai Julai 2012.

Pelantikan itu dibuat ketika saluran itu giat memperluas program dan perkhidmatannya. Dalam pengumuman sebelum ini, saluran itu berkata ia akan melanjutkan masa rancangannya dan mengadakan siaran 'langsung' 24 jam sehari mulai Januari 2013.

Sebagai Ketua Editor, Pek menetapkan hala tuju editorial dan menyelia penerbitan berita bahasa Inggeris bagi Channel NewsAsia dan saluran sekumpulan, MediaCorp Channel 5.

Pek menyertai Channel NewsAsia selepas kerjaya cemerlang dalam berita dan hal ehwal semasa, dan memegang jawatan penting di pertubuhan berita antarabangsa seperti CNN International, Bloomberg Financial News dan Aljazeera English. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain