suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan Cedera Letupan Bom Di Bangkok

BANGKOK: Lapan orang cedera apabila bom kereta meletup di Sungai Golok, Narathiwat, pada Jumaat.

Ketua Polis Sungai Golok, Kol Maiteri Jimchert berkata bom buatan sendiri seberat 50 kilogram itu, telah disembunyikan di dalam sebuah kenderaan pikap dan itu diletakkan di hadapan rumah kedai di Jalan Jarenkhet, Sungai Golok.

"Bom tersebut telah diletupkan dengan menggunakan 'walkie-talkie' pada kira-kira 6.30 pagi," katanya sambil menambah bahawa mangsa yang cedera terdiri daripada pejalan kaki dan penghuni rumah kedai tersebut.

Lebih 5,000 orang telah terkorban sejak puak pemisah yang disyaki menghidupkan semula kempen bersenjata bagi menuntut kemerdekaan di tiga wilayah selatan, iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala Lapan, tahun lalu. BERNAMA

Artikel Lain