suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Presiden Tunisia Dipenjara Seumur Hidup

TUNIS: Mahkamah Ketenteraan Tunisia, menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali atas dakwaan membunuh 43 penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat negara ini pada 2011.

Hakim Hedi Ayari berkata, Ben Ali dibicarakan bersama 40 bekas pegawainya yang lain termasuk bekas Ketua Keselamatan Presiden, Jeneral Ali Seriati, yang dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Rafik Belhaj Kacem menerima 15 tahun penjara manakala seorang lagi bekas Menteri Dalam Negeri, Ahmed Friaa, bagaimanapun dibebaskan.

Semua 21 orang lagi yang menghadapi tuduhan bagaimanapun dilepaskan dengan hanya Ben Ali menerima hukuman penjara seumur hidup.

Sebelum ini, Ben Ali turut dijatuhi hukuman penjara lebih 66 tahun atas pelbagai dakwaan termasuk menyeludup dadah dan menggelapkan wang. AFP

Artikel Lain