suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apple Bersiap Sedia Lancar Tablet Lebih Kecil

NEW YORK: Apple sedang bersiap sedia untuk melancarkan komputer tablet yang lebih kecil beberapa bulan akan datang dalam usaha untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran, Wall Street Journal melaporkan, Khamis.

Journal, yang memetik sumber sebagai berkata, bahagian-bahagian pengeluar komponen telah diarahkan untuk memperlengkapkan persediaan untuk pengeluaran tablet besar-besaran pada bulan September, menunjukkan pelancaran boleh diadakan pada bila-bila masa.

Dikatakan skrin tablet baru itu nanti mungkin akan bersaiz lebih kecil daripada lapan inci (20 sentimeter), berbanding skrin 9.7 inci (25 sentimeter) pada iPad keluaran Apple yang terkemuka di pasaran yang dilancarkan pada tahun 2010.

Akhbar itu memetik satu sumber sebagai berkata bahawa Apple telah bekerjasama dengan pembuat skrin Paparan Korea Selatan, LG dan AU Optronics dari Taiwan.

Apple telah mendominasi pasaran komputer tablet sejak pengeluaran iPad tetapi menghadapi persaingan yang semakin meningkat seperti Samsung, Amazon, Microsoft dan Google yang melancarkan peranti untuk persaingan.

Artikel Lain